Followers

wang saku

Nowseeheart-Ku Harap Cinta


Assalamualaikum,
hai semua..
korang pernah couple? mesti ade yang pernah..betolke kalau couple kite perlu layan bf/gf kite?
Ape makne layan yang mereka maksudkan..?aku semakin tak mengerti dan faham ape yang mereka hendak bagi pasangan mereka,kalau sudah kahwen,tak pelah jugak..ini belum ade ikatan yang sah..
Adakah layan yang mereka maksudkan disitu berpegangan tangan? keluar dating selau?berdua duaan?berpeluk pelukan?Adakah itu boleh melahirkan rasa cinta dan sayang?Aku semakin tak faham dengan LELAKI..Lelaki,kalau seorang perempuan tidak mahu menuruti kehendak kamu sperti berpegangan tangan, atau mengikut rasa nafsumu itu,kamu patut berterima kasih!! YES..perepuan tersebut sangat menyanyangi kamu,mencintaimu kamu seikhlasnya...adakah wajar kamu khianati rasa cinta dan sayang itu dengan menolaknya jauh hanya kerana tidak dilayan sebegitu?Aku bercakap berdasarkan pengalaman,pengalaman yang mengajar aku menjadi manusia yang cerewet, cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Tipulah kalau tidak terbit rasa cemburu dihati melihat kawan kawan seusiaku bahagia disamping orang yang mereka sayangi dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi..Aku juga ingin disayangi,dirindui oleh insan bernama LELAKI,tetapi aku tidak akan menggadaikan maruah,cinta dan kasih sayang aku yang suci hanya kerana nafsu LELAKI,dan LELAKI tersebut mungkin akan tinggalkan aku dan tinggalkan aku kerana kekolotan aku yang tidak melayan mereka seperti yang di inginkan.. Aku bukan baik seperti malaikat,aku mengaku,aku juga keluar dengan LELAKI,tetapi aku meletakkan syarat seperti tidak berdua,mungkin ditemani oleh rakan,adek tati ibuku..Tangan aku,tidak akan aku izinkan dari dipegang oleh LELAKI.. adakah sebab itu,LELAKI akan berasa bosan? Tidak kah engkau tahu,jauh disudut hati aku,aku terlalu sayangkan perhubungan kita,yang mungkin aku harapkan akan jadi hubungan yang suci dan diredhai..Aku juga ingin dibimbing,bukan aku yang bimbing kamu wahai LELAKI.. hari ini,aku sudah belajar untuk melupakan LELAKI yang pernah mengatakan bosan,boring,kolot kepada aku..aku redha,walaupun jauh dihatiku,aku sedih,Dia masih tidak dapat membezakan kasih sayang yang suci dengan kasih sayang yang dikotori oleh dunia yang akan melalaikan dia.. Aku harap,masih ramai lagi LELAKI yang diluar sana seperti yang kudamba.. mengharapkan kasih sayang yang suci dan diredhai oleh Allah..YA Allah,kau bimbinglah aku ke jalanMU ya Allah..kau jodohkan aku dengan seorang LELAKI yang boleh menerima kasih sayangku apabila sudah sah menjadi miliknya..sebelum aku sah menjadi miliknya,aku masih menjadi "dosanya''. Ya Allah,kau ampunkanlah LELAKI yang pernah menyakiti hatiku,kau ubahkanlah perangainya,kau lembutkanlah hatinya,tetapakan iman nya, Ya Allah,semoga KAU jodohkan aku dengan LELAKI yang soleh dan bimbingku menjadi solehah :)
Jujurlah dan ikhlaslau kau wahai LELAKI untuk mencintai seorang wanita yang akan menjadi suri dihatimu,ibu kepada anak-anakmu,kekurangan ku akan ditutup dengan kelebihanmu,saling melengkapi.. 

p/s: aku tidak mengharapkan kesempurnaan..sebab kesempurnaan itu hanya MILIKNYA,cukuplah saling melengkapi

No comments:

Post a Comment