Followers

wang saku

:EKOLOGI:

Sistem ekologi ialah kajian yang menghubungkan antara organisma hidup dan alam sekitar disekelilingnya.Semua hidupan yang ada dimuka bumi ini akan bergantung antara satu sama lain dan persekitaran yang ada disekitar mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.Sebenarnya,ilmu timbal balik makhluk hidup dengan linkungan hidupnya disebut ekologi. Istilah ekologi telah pertama kali digunakan oleh Ernst haecel(1869),beliau adalah seorang ahli biologi yang berasal dari Jerman.Menurut beliau,perkataan ekologi adalah berasal daripada perkataan Yunani “oikos” yang bermaksud “rumah ataupun tempat tinggal”.Hal ini bermakna sistem ekologi ialah kajian yang mengkaji tempat tinggal  organisma organisma di sesuatu kawasan.Dalam istilah ekologi tempat tinggal organisma ini dikenali sebagai habitat.Didalam habitat ini,ada konsep yang sangat penting yang memainkan peranan yang sangat penting iaitu “saling bergantung dan saling berinteraksi” antara satu sama lain.A.G Tansley,pada tahun 1935 pula telah memperkenalkan istilah ekosistem yang telah diguna pakai sehingga sekarang.Istilah ekosistem ini diambil daripada istilah sistem dan ekologi.Sistem ekologi ialah seperti konsep rumah atau habitat manakala osistem pula pecahan pecahan atau unit unit kecil didalam ekologi tersebut.Ekosistem bersifat abritari kerana boleh menetapkan sempadan sesebuah ekosistem tersebut contohnya,kita boleh menetapkan sesebuah ekosistem dengan melihat hutan paya bakau itu sebagai sebuah ekosistem.Ekosistem boleh dilihat sebagai bersaiz besar dan bersaiz kecil.Antara kompenan yang penting dalam ekosistem untuk dikaji ialah populasi dan ekosistem.Populasi merujuk kepada individu individu yang berada di sesebuah kawasan tersebut manakala komuniti pula merujuk kepada kumpulan komuniti yang berlainan spesis.Ini bermakna,saiz komuniti lebih besar dari saiz populasi.Antara contoh kelompok komuniti hutan,padang rumput,laut dan ikan pula adalah merupakan organisasi unit kompenan yang mempunyai berbagai bagai spesis yang hidup didalam sebuah ekosistem.

KOMPONEN DAN FUNGSI EKOSISTEM:
Mengikut Odum  (1971) yang menyatakan bahawa,komponen asas yang membentuk sesebuah ekosistem boleh dibahagikan kepada dua iaitu abiotik dan juga biotik. Komponen biotik ialah komponen hidupan yang terdiri pengeluar,pengguna dan juga pengurai manakala komponen abiotik pula adalah komponen yang bukan hidupan,contohnya udara,air,minerel dan tanih termasuk juga dengan pelbagai gas seperti nitrogen,karbon dioksida,oksigen dan lain lain.Komponen biotik didalam sebuah ekosistem pula boleh dibahgikan kepada tiga peringkat iaitu pengeluar,pengguna dan juga pengurai.Tumbuhan adalah bertindak sebagai pengeluar kerana mampu memproses makanannya sendiri berbekalkan sumber dari cahaya matahari.Pengeluar juga bertindak sebagai pembekal makanan kepada pengguna pengguna yang lain.Didalam situasi ini,tumbuhan dikelaskan sebagai organisma autorof iaitu boleh mengahasilkan makan dalam bentuk karbohidrat.Kumpulan pengguna juga boleh dikelaskan primer,sekunder dan tertier.Primer adalah haiwan yang memakan tumbuh tumbuhan dan dikenali sebagai organisma fagotrof iaitu kumpulan haiwan yang memakan bahan bahan makanan yang telah dihasilkan organisma autotrof,manakala peringkat kedua pula,pengguna sekunder iaitu karnivor iaitu haiwan yang menjadikan organisma fagotrof ini sebagai makanan seperti harimau yang bersifat magin(makan daging).Ketiga ialah pengguna tertier atau dikenali sebagai omnivor yang terdiri daripada organisma yang memakan tumbuhan dan juga memakan daging.Kumpulan terakhir ialah kumpulan pereput dan pengurai yang dikenali sebagai organisma saprofit iaitu seperti bakteria,kulat dan protozoa.Mikroorganisma ini berfungsi menghuraikan bahan bahan yang telah mati dan reput dalam sesebuah ekosistem.Apabila ini terjadi,maka ia akan menghasilkan pula nutrien nutrien bukan organik yang amat berguna kepada pengeluar seperti nitrogen,fosforus,karbon,potassium dan sebagainya.Nutrien atau zat zat galian yang terhasil ini akan digunakan kembali oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya untuk membolehkan ia tumbuh dan membesar.
KOMPONEN ABIOTIK:
Komponen abiotik ialah komponen bukan hidupan didalam sesebuah ekosistem boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu air,tanih,udara dan minerel yang terkandung nutrien nutrien yang sangat berguna.Komponen abiotik ini memainkan peranan yang sangat penting kepada ekosistem kerana ia adalah sebagai habitat dan tempat tinggal kepada semua jenis hidupan di muka bumi.Air adalah komponen semulajadi yang terdapat dalam sesebuah ekosistem.75% permukaan bumi diliputi oleh air yang merangkumi laut,sungai,tasik,kolam dan lain lain.Hal ini bermakna ia terdiri daripada ekosistemyang berair ataupun ekosistem akuatik.Ini kerana ekosistem air mempunyai suhu yang agak stabil berbanding denga kawasan ekosistem daratan walaupun berada dalam kawasan yang sama.Selain dari pada air,komponen abiotik yang utama didalam sebuah ekosistem juga adalah ekosistem tanih.Tanah terhasil daripada perluluhawaan terhadap batuan.Hasil luluhawa sama ada secara fizikal atau kimia dikenali sebagai regolit yang akhirnya menjadi tanah atau tanih.Selain itu,ciri ciri tanah menjadi faktor penting dalam menetukan kandungan air yang kelak menentukan pula kuantiti dan jenis hidupan yang ada dikawasan tanah berkenaan.Misalnya bagi tanah pasir adalah bersifat poros.Oleh itu,ia mengandungi sedikit air sahaja dan tumbuhan yang boleh hidup disitu pula hanyalah lalang,rusiga,dan pokok kaktus.Bagi tanah yang boleh menampung air banyak pula,seperti tanah laterit,ia boleh menampung pokok pokok besar seperti hutan hujan tropika dan juga hutan hujan khatulistiwa.

No comments:

Post a Comment