Followers

wang saku

isu perubahan cuaca ke atas sektor pelancongan di Malaysia

Beberapa definisi cuaca adalah dimana keadaan keadaan di atmosfera secara keseluruhan pada suatu saat termasuk perubahan,perkembangan dan menghilangnya suatu fenomena(World Climate Conference,1979) definisi kedua pula ialah keadaan variable atmosfera secara keseluruhan disesuatu tempat dalam selang waktu yang pendek yang diutarakan oleh (Glen T.Trewartha,1980)dan definisi ketiga bagi cuaca pula ialah keadaan atmosfera yang dinyatakan dengan nilai berbagai parameter,antara lain suhu,tekanan , angin ,kelembapan dan berbagai fenomena hujan ,disesuatu tempat atau wilayah selama kurun waktu yang pendek mengikut [minit,jam,hari,bulan,tahun] mengikut pendapat yang diutarakan pula oleh (Gibbs,1987).Cuaca adalah keadaan udara pada suatu tempat dalam waktu yang singkat(24jam) dalam wilayah yang sempit. 


PERUBAHAN CUACA :
Perubahan cuaca dunia biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan,lautan atau kombinasi keduanya secara menyeluruh .Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu ,minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak untuk gas rumah hijau seperti karbon dioksida,metana dan kloroflurokarbon (CFC) dalam atmosfera.Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dan menyebabkan bumi menjadi lebih panas. Masalah perubahan cuaca berkaitan dengan perubahan konsentrasi gas rumah rumah kaca yang mengandungi wap air,CO2,CH4,N20, dan CFC yang memerangkap sinaran inframerah dari permukaan bumi dan secara tidak langsung menimbulkan efek rumah kaca. 

Faktor faktor perubahan cuaca:


1)Penyahutanan
Dunia semakin maju seiring dengan peredaran masa.Oleh itu,banyak pembangunan yang dibina dan akan dibina selain penempatan penempatan baru yang dibuka untuk memenuhi kehendak dan kepeluan manusia.Kawasan hutan dimusnahkan untuk pelbagai tujuan dan kepentingan.Misalnya penebangan hutan adalah untuk pembalakan,pembinaan kawasan baru serta peneggelaman hutan untuk projek hidroelektrik.Sekiranya fenomena ini berterusan dan tanpa kawalan, hal ini akan menyebabkan suhu meningkat dan perubahan cucaca berlaku.

2) Rumah hijau dan pemanasan global
Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif  dan pandangan  pihak pihak yang terlibat sama ada secara langsung  ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri,organisasi penginapan dan pengangkutan,organisasi pendidikan,pihak kerajaan dan sebagainya.Perkataan tourist sendiri datang dari perkataan Latin iaitu Tornare dan juga greek iaitu tomos yang membawa maksud pergerakan dalam satu bulatan.Pada awalnya,Jafari(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai “suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semulajadi mereka serta penglibatan industri  yang bertindak balas pada keperluan mereka dan juga keatas diri mereka  dan industri dari sudut sosiobudaya,ekonomi dan persekitaran.Leiper(1981) pula menyatakan  bahawa pelancongan sebagai “suatu sistem terbuka yang memepunyai  hubungan dengan persekitaran yang luas ,elemen manusia iaitu pelancong ,elemen kawasan iaitu asal  kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih ,elemen ekonomi  iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik itu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka.
Bagi definisi pelancongan yang dikemukan oleh WTO,(world tourism organization) merujuk kepada “aktiviti pengembaraan seseorang individu kesuatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap disitu tidak lebih dari setahun bagi tujuan rehat perniagaan dan sebagainya.Definisi WTO,ini secara tidak langsung membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa,pelancongan dalaman,pelancongan domestik dan pelancongan kebangsaan.Pelancongan kebangsaan melibatkan  dua aspek pelancongan iaitu  melancong dalam negara yang merujuk kepada lawatan ke destinasi tuan rumah yang dibuat oleh individu yang berasal dari destinasi lain.Sebagai contoh,Malaysia sebagai tuan rumah menerima kunjungan  daripada pelancong pelancong eropah yang datang ke Malaysia dikenali sebagai pelancong dalam negara.Melancong luar negara  merujuk kepada lawatan atau pengembaraan seseorang individu  ke destinasi lain selainn tempat asal mereka sebagai contoh,pelancong  Malaysia yang melancong ke Australia, dan New Zealand adalah pelancong luar negara.


Impak perubahan cuaca kepada sektor pelancongan di Malaysia dan juga di Dunia

Akibat perubahan cuaca yang semakin mendadak,dua fenomena turut menyumbang kepada impak perubahan cuaca ini iaitu La Nina dan El Nino. El Nino merujuk kepada kemarau manakala La Nina pula merujuk kepada banjir.

Kerosakan terumbu karang:
Perubahan cuaca ini juga turut meningkatkan paras air laut di malaysia dan juga dunia. Hal ini secara tidak langsung akan menenggelamkan sebahagian pulau pulau yang ada di sekitar laut yang mempunyai potensi untuk sektor pelancongan.Masalah ini berpunca kerana bahagian kutub utara bumi mengalami masalah pencairan bongkah ais sedikit demi sedikit.Para saintis juga turut memberi pendapat yang menyatakan bahawa,sebahagian besar pulau pulau yang berada di muka bumi ini akan tenggelam  sedikit demi sedikit.Masalah  kenaikan paras air laut ini juga bukan sahaja meneggelamkan pulau pulau yang ada dibumi ini tetapi juga merosakkan nilai komersial terumbu karang terutama sekali di Malaysia.Hal ini kerana apabila suhu bumi semakin meningkat,ini secara tidak langsung mewujudkan masalah masalah seperti kenaikan paras air laut dan juga meningkatkan kadar keasidan Ph air laut yang akan menimbulkan pelbagai masalah.
Kawasan terumbu karang di Malaysia mengunjur dari “segitiga terumbu karang” yang bersambung dari  Indonesia,Flipina, dan papua new guennia.Kebanyakkan terumbu karang terdapat dikawasan cetek  di persisirr pulau Malaysia,walaupun begitu,terdapat juga  kelompok terumbu karang,karang atol, dan jurang terumbu wujud dalam skala yang kecil. Pertubuhan alam sekitar bangsa bersatu(UNEP) Atlas Dunia terumbu karang telah menggangarkan saiz kawasan terumbu karang  Malaysia adalah 3600km persegi  atau kira kira  hanya 1.27% keluasan terumbu karang di dunia.Merujuk kepada  laporan terumbu karang Reef  a risk (2002) 85% terumbu karang di Malaysia terancam akibat daripada perubahan cuaca yang telah menyebabkan degradasi kepada terumbu karang.Ini telah menjejaskan sektor pelancongan  khususnya bagi mereka yang gemar sukan menyelam atau skuba yang amat popular di sekitar pulau pulau di Malaysia seperti pulau pangkor,pulau redand dan juga pulau  Renggis.Walaupun begitu,beberapa usaha telah dijalankan oleh penyelidik dari pusat kajian ekosistem Marin,UKM pada julai 2008 mendapati bahawa terumbu karang mengalami pelunturan  yang berlaku pada kedalaman  1-1.5 meter.Pulau Renggis amat popular  sebagai destinasi penyelam yang pergi ke pulau tioman berdekatan dengan mersing.Walaupun terdapat petunjuk  yang menandakan keluasan kawasan yang telah mula menunjukkan pelunturan terumbu karang.Secara umumnya,perubahan cuaca
bukan sahaja memberikan kesan kepada kelunturan kepada terumbu karang tetapi juga


memberi impak kepada pelancong tempatan mahupun luar negara untuk menikmati keindahan terumbu karang yang dikatakan mempunyai keindahan warna yang pelbagai.Ini sedikit sebanyak telah memberi  reputasi buruk kepada sektor pelancongan.
Seterusnya,terumbu karang juga mengalami masalah pertumbuhan yang merosot yang dialami  di negara Australia.Secara ringkasnya,mereka mendapati bahawa pertumbuhan salah satu koloni karang jenis Porites yang paling besar dan tegap disitu telah merosot sekurang kurangnya 14 peratus sejak  1990an lagi.Lebih membimbangkan,analisis himpunan data yang disimpan di Arkib Coral Core AIMS itu menjangkakan pertumbuhan karang akan sama sekali berhenti pada tahun 2050.Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan kemerosotan tersebut adalah berpunca daripada gabungan peningkatan suhu permukaan laut dan kadar keasidan laut.Hal ini sedikit sebanyak telah membantutkan kadar kemasukan pelancong ke Australia .Terkini di Malaysia,pemanasan global mencetus satu lagi terumbu karang di Asia Tenggara mengalami krisis keputihan(coral bleaching)yang serius,kawasan semenanjung malaysia antara yang serius mengalami masalah ini.Antara pulau pulau yang terlibat ialah seperti Perhentian,Redang,Kapas,Tioman dan Bidong.Ketua setiausaha kementerian pelancongan ,Dato dr Ong Hong Peng berkata krisis ini memberi kesan yang besar kepada industri pelancongan negara.Menurut saintis marin,krisis pemutihan ini secara besar besaran ini yang dialami oleh terumbu karang di Malaysia dan Thailand sekarang secara tidak langsung disebabkan kenaikan suhu air laut yang luar biasa.

Kenaikan paras air laut:
Perubahan cuaca juga menyimbang kan kepada pembentukan El Nino.El Nino merujuk kepada peningkatan suhu arus lautan. Hal ini kerana pemanasan bumi yang melampau menyebabkan kawasan di kutub bumi mengalami pencairan bongkah ais.Hal ini telah menyebabkan peningkatan kadar paras air laut.Kenaikan paras air laut dikaitkan dengan dua faktor utama iaitu pemanasan global dan perubahan iklim.Selain itu,kecairan salji juga disebabkan oleh musim sejuk yang lewat dan juga musim bunga yang tiba lebih awal.
Semasa berlaku kenaikan paras air laut ini,ini sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan kepada persisiran pantai.Jika air laut masuk ke tempat yang lebih dalam,ia akan menyebabkan hakisan pantai,pemenuhan air laut dikawasan paya bakau,kemusnahan flora dan fauna di kawasan berhampiran.Ini telah mendatangkan kesan buruk kepada sektor pelancongan di Malaysia dan juga dunia terutamanya negara negara yang mengutamkan kawasan pantai sebagai kawasan pelancongan utama negara. Apabila ribut besar melanda ketika itu dan air laut pula berada di paras yang tinggi,hal ini telah menyebabkan kejadian ribut besar yang akan memusnahkan harta benda yang berada disekitarnya.Selain itu,bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar pula terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat kerana mereka terdedah kepada banjir kilat dan juga kerana kenaikan paras air laut.Ini secara tidak langsung,kawasan pelancongan disitu tidak dapat diusahakan kerana kekurangan sumber tenaga manusia dan juga kerosakan alam sekitar yang disebabkan kenaikan paras air laut.Contoh pulau pulau yang telah ditenggelami oleh air laut ialah seperti  Pulau Maldives dan juga Pulau Tuvalu.Banyak saintis di dunia meramalkan bahawa kadar peningkatan paras air laut akan meningkat tetapi kadar peningkatan sukar diramal.Dalam satu kajian yang telah dijalankan,paras air laut akan meningkat 0.8meter hingga 2meter pada tahun 2100 yang boleh meneggelamkan bandar bandar dipersisiran pantai diseluruh dunia.Keadaan ini boleh menyebabkan bandar bandar seperti New york dan kuala lumpur tenggelam.

Kemarau:
Semasa perubahan cuaca berlaku,El Nino juga berlaku.Oleh itu,semasa kejadian El Nino berlaku,air laut akan menjadi panas akibat daripada pemanasan suhu global yang telah menyebabkan tekanan udara menjadi rendah.Dengan ini,ia boleh mengubah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari barat ke timur.Oleh sebab itu hujan monsun turun ditengah Lautan Pasifik dan bukan kawasan sepatutnya iaitu di Asia tenggara.Kesannya,cuac panas,kemarau dan suhu yang tinggi serta kadar hujan yang sedikit  di alami oleh Indonesia,Malaysia,dan negara negara Asia Tenggara yang lain.Contohnya,asia tenggara pernah mengalami kemarau .Oleh kerana kemarau mengakibatkan keadaan udara menjadi kering(dry air),maka pembentukan jerebu berlaku ketika itu dan ini secara tidak langsung mengundang pelbagai penyakit kepada pelancong pelancong yang datang melancong ketika itu dan juga bagi penduduk di sekitarnya.Oleh itu,ini secara tidak langsung telah menjejaskan sektor plancongan bagi Asia Tenggara terutamanya Malaysia,Indonesia dan juga Thailand yang mengaalami penurunan mendadak kemasukan pelancong ketika itu.Jerebu juga turut berlaku ketika ini dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan aktiviti ekonomi seperti gangguan jadual penerbangan,pergerakan kapal laut,dan melumpuhkan sistem pengangkutan bandar akibat jarak penglihatan yang begitu buruk.
Bagi di Malaysia pula,kemarau yang melanda di pahang iaitu di hulu tembeling,ini telah memberi tekanan kepada penduduk sekitar khususnya yang kebanyakkan nya membawa bot untuk pelancong ke destinasi yang dituju.Pelancong juga mengalami masalah untuk bergerak dari destinasi ke destinasi yang lain iaitu contohnya dari sungai tembeling ke bandar jerantut,pahang.Hal ini kerana kemarau yang melanda di pahang pada ketika itu telah menyebabkan sungai di persekitaran akan menjadi cetek dan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan masalah seperti sungai yang cetek tadi akan menimbulkan pasir,batu batu besar,batang batang pokok yang tumbang di persekitaran dalam sungai turut menjadi penghalang laluan bot penumpang yang membawa pelancong.Ini telah menyebabkan kerugian kepada pengusaha bot penumpang kerana terpaksa membaiki kerosakan bot bot yang telah mengalami kerosakan dengan nilai harga yang mahal.Ini secara tidak langsung telah menjejaskan sektor pelancongan khususnya bagi negeri pahang ketika itu.

Banjir:
Apabila perubahan cuaca berlaku,El Nino juga akan berlaku selepas La Nina.Hal ini kerana sebahagian tempat dibumi ini akan menagalami perubahan dari segi tekanan udara iaitu sebahagian menjadi kemarau dan sebahagian lagi menjadi masalah hujan lebat.La Nina pula akan  membawa hujan lebat dan berkemungkinan akan melibatkan banjir besar.Apabila El Nino berakhir,bermakna suhu permukaan lautan pasifik juga turut menurun.Penurunan ini dianggarkan di sekitar 3 hingga 5 darjah celcius daripada takat suhu normal.Kejatuhan suhu lautan pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi tinggi dengan bahagian daratan.Ini membolehkan angin bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan.Oleh itu,apabila hujan turun dengan lebat,maka sector pelnacongan tidak dapat diteruskan dengan sempurna kerana akan menjejaskan aktiviti pelancong pelancong tersebut.Antara yang terjejas akibat dari banjir dan hujan lebat ini ialah aktiviti yang melibatkan di laut seperti snookerling,skuba dan berbagai bagai lagi aktiviti yang ditunggu tunggu oleh pelancong untuk menikmati keindahan dasar laut terpaksa dihentikan demi keselamatan diri.Bukan itu saja,harta benda di tempat tempat pelancongan juga turut terjejas jika banjir besar melanda kerana kawasan pelancongan itu mungkin akan mengalami kerosakan seperti terpaksa membaiki struktur bangunan atau kemudahan yang rosak sebelum dibuka kepada pelancong.Antara contoh yang rosak ialah chalet,tempat letak kereta pelancong atau pelawat dan sebagainya.Selain itu,beberapa infrastruktur juga turut mengalami kerosakan .Untuk memulihkan dan membaik pulih kemudahan dan infrrastruktur yang rosak ini tadi,kawassan pelancongan tersebut perlu ditutup seketika untuk kerja kerja pembaikpulih berlaku.Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan sektor pelancongan yang dijalankan disitu.

Malaysia sedang membangun dengan pelbagai aspek industri dalam negara begitu juga dunia.Rumah hijau atau rumah kaca ialah satu bangunan atau plastik yang membolehkan tanaman yang ditanam di dalam kawasan tersebut terlindung dan terkawal.Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memansakan tumbuh tumbuhan dan tanah didalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.Gas gas rumah hijau bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk dan kemudian memerangkap haba.Haba yang terperangkap ini yang akan menyebabkan suhu bumi menjadi panas dan seterusnya menjadi fenomena perubahan cuaca.
*asigment dulu dulu,sekadar share yang saya tahu,ilmu tak cukup lagi ni...*

No comments:

Post a Comment